Tuesday, December 21, 2010
Suatu petang di KL Sentral...
Tarikh : 19 Dis 2010
Hari : Ahad
Tempat : KL sentral yang sangat sesak.
Lepas je pergi jalan-jalan dekat Times Square dengan Ieyra, kitorang stay dekat KL Sentral for almost an hour jugaklah. Borak- borak pasal macam-macam benda sambil mengunyah Big n Tasty Ieyra yang dikelilingi sayur-mayur ( dah macam garden dia cakap), and saya pulak dengan Prosperity burger yang sangat pedas tahap asap keluar dari telinga (ok exaggerate gilak). Then dalam pukul 6 pm macam tu kami bawak haluan masing-masing sebab saya terpaksa sampai dekat stesen UKM before pukul 7 pm.
Masa tengah menunggu train ke Seremban tu, sambil tengok-tengok jam tangan & belek-belek plastik kat tangan, tiba-tiba ada seorang auntie berbangsa Cina berdiri kat sebelah saya. Saya senyum kat dia. Dia pun senyum. (Ok background song yang lagu Najwa ft. Malique - Senyum. Hehe)
Sebuah perbualan pun terjadi~~
Auntie : Nak pergi mana?
Saya : Oh nak pergi UKM.
Auntie : You student kat sana ke?
Saya : Tak, tak. Saya tinggal kat Bangi (eh tak ke pelik. Kenapa tak turun kat Bangi je kan? Dah abaikan) Auntie plak nak pergi mana?
Auntie : Oh. Saya nak pergi Batang Benar. Tinggal dekat sana. Turun KL ni sebab ada kerja. Saya ni dah retired, so sekarang adalah buat kerja sikit-sikit.
Saya : Ohh. Yeke. Aunie asal mana?
Auntie : Saya orang KL. Dekat-dekat sini jugak. Dulu tinggal sekampung dengan ramai orang Melayu. So dah biasa dengan orang-orang Melayu. Lepas tu pindah. (tapi taktaula pindah ke mana) Then, bila saya pergi balik dekat kampung saya dulu, semua dah berubah. Tapi kawan-kawan masih kenal dengan saya. Diorang kenal pun dari suara. Mungkin muka boleh berubah, tapi suara tak. Betul tak?
Saya : Yup, betul-betul. ( saya bercakap sambil mengangguk-angguk)
Perbualan masih diteruskan memandangkan train tak sampai-sampai lagi.
Auntie : Zaman sekarang dah berubah kan. Macam ada satu indian ni, dia kawan saya. Dia tinggal dengan anak-anak dia. Anak dia yang sorang ni balik-balik tanya bila nak tukar nama hak milik rumah ni? Lepas tu bapa dia cakap nanti dia tukar pergi nama si anak. Si bapa pun fikir-fikir, baik tukar kan spaya nanti dia dah takde, rumah ni ada pemilik. Lepas tu bila dah tukar, anak dia halau mak bapa dia dari rumah tu. Orang tua tu menangis-nangis dekat tepi jalan. Jiran-jiran terdekat juga yang bawa masuk ke rumah. Anak-anak sekarangkan. Diorang tak ingat ke jasa mak bapa diorang bagi diorang makan, besarkan diorang.
Saya : Hurm. Entahla auntie. Dunia sekarang dah berubah. Bukan macam dulu-dulu.
Auntie : Tulah kan. Entah apa plak jadi masa hadapan. Satu lagi, kita ni kena juga bersedekah. Biarlah walaupun 50 sen. Bila bagi 5, 6 orang, kira banyak lah tu. Banyak pahala kita dapat. Bila kita tolong orang, orang pun akan tolong kita. Betul tak?
Saya : Betul auntie. Walaupun sikit, besar maknanya dekat orang yang kita sedekah tu.
Auntie : Ya. Eh train Seremban sudah datang! Mari kita pergi tempat yang koc wanita sahaja tu.
Saya : Mari!
Hurm, walaupun sudah terang lagikan bersuluh yang koc bahagian tengah tu untuk wanita sahaja, adalah jugak 2, 3 orag yang tak faham bahasa tersesat dalam tu. Haih. Enam stesen baru sampai stesen UKM. Dah sampai stesen UKM, kakak tgh tunggu. Lepas tu kami terus menuju ke Johor~~
Oklah, sayonara all!
Wassalam.
Tuesday, November 30, 2010
Erh, apa?
Ok dah bye.
Monday, November 15, 2010
For One More Day
Assalamualaikum w.b.t semua!
Yup, it's Mitch Albom's novel.
Lama dah nak baca novel ni. Memang ramai yang recommend novel ni best. Ada kawan recommend novel ni since 2008 lagi tapi sampai sekarang tak berkesempatan pun baca novel ni sebab saya obses *eh tak sesuai pakai obses* suka baca Cecelia Ahern's and Uncle Ram's punya novel, jadi kononnya novel-novel author lain tak pandang lah *ceh, temberang btullah kau. Jom review novel ni pasal apa...
"...For One More Day starts with a young sports reporter approaching former baseball player Chick Benetto. Chick's first words are, "Let me guess. You want to know why I tried to kill myself." From there the story of Chick's life is told in his voice, and the reader hears it as if he or she is the sports reporter sitting there listening to him.
When Chick tries to commit suicide, he wakes up in a world between life and death where he gets to spend one more day with his mother, who dies 8 years earlier. Chick was supposed to be with his mother the day she died, and he still harbors guilt over the fact that he wasn't.
The story moves back and forth between memories of Chick's childhood and adolescence, and the action taking place between Chick and his dead mother. Ultimately, it is a story of redemption and making peace with one's past. It is a story of love, family, mistakes and forgiveness..."
And rupanya, dia ada movie jugak. Oprah Winfrey is the producer.
Okay serius nampak menarik. Wajib tayang ni, eh, wajib tengok nih! Yeay.
*Hei peperiksaan tak habis lagi ada hati nak pegi bersuka ria tengok movie lah, apa lah. Bagus pegi baca dululah Environmental Chemistry punya nota tuh. Sudah. 5 paper lagi wei, 5..Huu
Dah, babai semua.
To be updated lepas exam pulak nanti. InsyaAllah. :-)
Wednesday, September 29, 2010
Kawan-kawan, mohon bantuan.. Apa nak buat?
Situasi 1:
Anda sedang bersolat. Tiba-tiba, roomate bukan muslim pegi langkah sejadah tanpa rasa bersalah. Rasa macam nak marah tapi besabar.
Situasi 2:
Sedang anda tidur dengan lena, tiba-tiba kedengaran orang sedang bercakap-cakap menggunakan bahasa selain bahasa Malaysia mahupun Inggeris. Volum suara tu plak bukan rendah tapi sangat tinngi macam si A ni bercakap ngan si B yang jauh 1 km drpd dia padahaldepan mata je kot.
Situasi 3:
Dah nampak kita tgh bersolat tapi dia bukak jugak lagu kuat2.
Situasi 4:
Dia buat upacara sembahyang. Ok yg tu tak kisah, masing2 hormatlah agama org lain kan. Tapi sampai tahap bakar-membakar dalam bilik? Memang tak tau nak cakap apa dah.
Apa nak buat kalau anda berada slm situsi ini???
Tuesday, September 14, 2010
Tweet, tweet
Wednesday, September 8, 2010
Ucapan Raya kekeke
Cupcake ni nampak sangat sedap! :)
Sunday, August 15, 2010
Family Outing - A Trip to Kuching
Bismillahirrahmanirrahim...
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Keke, takde pun gambar Gunung Kinabalu dekat sini.
Ni kira first destination yang dituju, Muzium Kuching.
Taraaa!! Siapa yang tak tahu ni kek ape? Keke
Ni la kek2 lapis yang sangat banyak dijual kat kedai ni. Ni baru satu rak, ada lagi berapa rak entahla. Tapi memang sangat2 banyak. Serius rambang mata nak pilih yang mana 1. Hehe.
Actually kan, banyak yang nak diceritakn pasal Sarawak ni, tapi tiba2 idea hilang begiu sahaja. Siapa suruh update belog pasal Sarawak lambat2. Ahh.
P/S: Minggu depan saya ikut Program Jelajah Kemerdekaan Sabah UMS 2010 selama 5 hari. Hopefully the next entry saya akan bercerita pasal Sabah. Till then!
Selamat berpuasa to all!! :)
Tuesday, July 27, 2010
Saya mengantuk
Wednesday, July 21, 2010
Entri saja saja
Tengah taip entri ni sambil dengar lagu Love-CNBlue. Jangan tanya since when I minat korean thingy nih. Seriously, I'm not the die-hard-fan of kpop, but taula skit2 pasal tu semua. Dah, cukup.
Berapa hari tak update ni belog hah? Almost, err, entah. 2 weeks maybe?
Ignore it. Besok ada kelas Organik dengan Spanish. Kononnya malam ni semangat la nak revise balik Spanish tu, sebab gf yang ambil Japanese language cakap, " Better ko revise balik apa-apa yang lecturer ajar last sem sebab nanti confirm dia tanya balik." Tapikan, haih tahu-tahu jelah kalau awal-awal sem ni semua hangat-hangat tahi ayam. Notes memang tersergam indah dah dekat depan mata, tinggal otak je bagi isyarat ambik pensil, fokus, conteng. Dang~ end up with notes tu semua tolak tepi, laptop depan mata, klik sana klik sini bukak internet. Buhuu. Recently the most visited website : Twitter. Haha. Ni kira first website la yang akan dibuka. Facebook dah macam, erh, bosan? Yup, bosan. BOSAN. Tapi hopefully taklah sampai nak deactivate macam Friendster dulu. Ye, saya delete akaun FS yang saya dah guna selama lebih kurang 6 tahun. Uhh, lepas tu menyesal la sapa suruh gatal sangat tangan nak delete, lepas tu buat akaun baru, siap suruh kawan-kawan ' Add lah fs saya. Ni emel bla,bla,bla. Thanks for the add.' Haha terus teringat zaman hingusan dulu mesti kalau dah add kawan-kawan akan cakap ' Thanks for the approve. Keep in touch tau! xoxo.' =.=
*Saya tak pegi meeting Family Day yang sepatutnya start pukul 10 pm tadi sebab saya segan nak masuk Bilik Astro dekat blok lelaki, macam, eii kenapa buat dekat situ. Kenapa tak buat dekat tempat yang lebih senang budak2 perempuan pegi. Tadi try jenguk2 tempat tu macam takde je perempuan datang, so saya pun patah balik pegi kafe minum teh tarik. +.+
Sebenarnya nak tulis panjang2 lagi ni tapi mata cakap ' Hoi cik Sabrina ko tak reti nak tido ke besok dahla kelas pagi. Mentang2 kelas selalu cancel. Telajak tido baru tau!'
Wuu, ok ok. Saya tido dulu kawan2. Saya memasang impian untuk menjadi seorang penulis blog yang rajin. *berapa kali dah cakap benda ni. Duhhh.
Buena noche! Wassalam. :)
Tuesday, July 6, 2010
Kami lagi GAGAH dari LADY GAGA!
Thursday, June 24, 2010
All for One, One for All
Hari ni cuaca baik sangat-sangat.
Burung-burung berkicau riang, angin sepoi-sepoi bahasa, matahari bersinar nun jauh di sana.
Hari ni dah 11 rejab. Sesungguhnya, bulan Rejab itu bulan Allah. Lepas Rejab, Syaaban. Dan Ramadhan akan menjengah tak lama lagi. Cuti sem pun makin hari makin berkurang. Kalau dikira-kira, ada lagi 16 hari sebelum saya kembali ke kampus tersayang. *Eceh, kena sebutlah tersayang supaya tak terasa sgt the feeling takmau balik sana. lol
Eh, tiba-tiba jengah dekat tingkap balik cuaca mendung. Semalam dah habiskan novel Ranggau sampai pukul 2.30 a.m. Kalau dilayan mata memang mengantuk gila time tu tapi last-last tahan jugak sampailah ke mukasurat terakhir. :)
Memandangkan esok berangkat ke KK, jadi tiba-tiba rasa rajin nak update belog ni. Eceh. Lusa terbang up, up and away ke Kuching! Yeay, family vacation itu best! :D
Nanti saya update apa yang best dekat Kuching tu. Mana tau bleh jadi tourist guide sambilan. Ngahaha. Poyo.
Off for now.
Have a nice day! :)
Sunday, June 20, 2010
Abi, Abuya, Abah, Ayah, Daddy, Papa or Bapa, mereka tetap satu dihati kita. :)
FELIZ PADRE DE DIA untuk abah, Sharom bin Abd. Rahman!
Semoga ceria and sihat2 selalu. It's lucky to have such a great abah like you!
WLYSM!
From your daughters and son,
Kaknoor, Rina, Adik
- xoxo -
Saturday, June 19, 2010
Mereka-mereka ini sahabat, rakan dan taulan saya
.
.
Old skool gilak gambar. Sy sanggup duduk kawan2.. :P
b) Yang 2nd, Hazriani bt Harris, the youngest one. Ex-MRSM KoKi, dan merupakan budak lompat. Lompat haj, lompat! Hehe. Kenal time di KML jg sebab 1 kuliah tp x pnah b'tegur lgsg sbb bkn knal sgt time tu. Tiba2 terapat masa orientasi UMS dan kawan smpilah skrg. Dia ambik kos Sains Makanan di Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP).
c) Yang ke-3 ni plak, bernama Norhasmahira Che Harun. Kelantanese girl, ex-MRSM Jeli. (Diyanah, konfemla kan ko knal, sbb dia ckp ko schoolmate dia dulu). Ex-KMNs. Senang dipanggil mira dan merupakan coursemate & roomate sy (hrp2 sem depan 1 bilik lgilah. hee) Time dalam bilik x pnah berkecek Kelantan dgn dia sbb diri ini sedar bukanlah terer kecek klate. Malu2*
d) Haslinda bt A.Abu @ Add, pun bdk MRSM KoKi dulu. Pnah nmpk berlegar2 di KML tapi bkn knal sgt time tu. Ni pun start rapat msa orientasi UMS. Kira dia paling tuala klu ikut tarikh lahir, tp plg kecik antra kami. hehe. M'punyai tali pinggang merah taekwando. Ntah bilala upgrade pi hitam. Pelajar 1 sekolah and 1 kos dgn Haj.
e) Yeah, pesilat gagah! hehe.. Siti Norsyafiqah bt Khairuddin @ Bell. (dia ckp kna pggl bell sbb suka m'bebel. hehe). Dia ni budak Johor, budak Muor (eh, btul ka ni). Ex-KMJ dan 2 kali bturut2 jadi fasi KMJ.(Pewitt, femes akak bell kita ni). Merupakan pelajar kos Teknologi Makanan di SSMP dan seorang yg kuat ketawa kuat2 smpi org bilik sblh komplen (sbb time study week slalu sleep over dkat bilik sy. eceh)
InsyaAllah, kawan selamanya!
3. Ini pun kawan rapat walaupun jauh :)
Mun, jangan marah aku letak gmbr kau yg ni. Tehehe.
4. Disebabkan semua Geng-geng Famili Ceria buat entri pasal karakter-karakter budak-budak comel, so diri ini tak terkecuali. Lets cekidaud! (Nama berdasarkan nama panggilan. Jgn amek hati tau)
a) Effadila a.k.a Eppa - bakal cikgu English, sgt talkative sbb slalu masuk debat, debate, bahas (eh, cam sama je mksd). Ni pandai masak, suka sakat org, penyayang and ada sifat keibuan. Cewahh
b) Diyanah a.k.a Cramer's - jantung slalu lub dub bila menjelang hari Jumaat. Keke. Suka ckp pasal kahwin and dulu msa knal dekat FS, dkat Group Alumni SPM07, jantina sukar dikesan sbb dia ckp dia kacak! Smua t'tnya2 'Bukan ke cramer's ni pompuan ke?'..Ekeke.. bakal biotechnologist.
c) Suraya a.k.a Su - Genius fizik kita dri Labis! (Semua pun setuju). Bakal employer dekat syarikat Nuklear ni. Hehe. Kalau nak mintak tolong apa2 mmg akan tolong. Bestlah kwn dgn su ni. Antara yg terapat dekat geng FC ni sbb slalu jg ym, sms and status2 kat fb slalu pasal motivation. Suka baca novel RAM :)
d) Nadia a.k.a Nedd - Ini pun bakal cikgu English. Pandai masak jg sbb ada blog pasal mknn. Mmg s'org yg outspoken sbb status fb slalu pasal perasaan yg dia lalui. Ewah. Suka shopping, kan nedd? :)
e) Fatin Nazihah a.k.a Jiha - minah rempitkah? Ekeke. Muka innocent jek nih tapi klu dah start sakat org mmg kaw2 la kna sakat. Kira penyakat pro, x gitu?
f) Fareha a.k.a Faa - Faa jrg skit masuk forum kat FC tapi mmg dikenali sbg slh seorang senior FC. hehe. suka baca novel2 RAM, sma mcm su. :)
g) Liyana a.k.a Yana - ni pun senior gak nih. Blaja dekat PuO skrg. Tapi jrg jg masuk FC sejak akhir2 ni. Bz kot. hehe..
h) Najibah-kira org yg sgt pndi berkata2. klu dekat forum tu, msti pnjg lebar penjelasan smpi semua org pun terpegun. :)
i) Anis Safiah - Bdk klantan yg kini berada d mesir utk merealisasikan impian sbg s'org doktor. Plg muda, tp still senior. Hehe
Rasanya ada lagi tertinggal mcm erna, sueray, anneh, etc. Tapi xpe, kamu semua tetap GFC!
Yg boys pulak terdiri drpd man bakal arkitek, afiq bakal engineer, qusyai bakal doktor, mirul bkl doktor, syazwan, aiman, taufiq, nabil, jufri, adeng, etc. Klu nak list byk sgt kot. Takpelah yg boys jgn ambik hati sebab takde description k. Nanti I rajin, I buat. hehe
5. Geng Kuman2 Manje jugak tidak dilupa. Antara ahli2nya: Eppa, mun, fim, aimi, jufri, haziq, taufiq, auni, syukran, intan, dan semua ahli2 sekalian. Juga kepada ahli group 1990 iaitu Fazliana, abe faris, mas, dan semua2 jugak.
Sayang korang semua! Ada rezeki kita bejumpa! :DD
Ukhwah fillah Abadan Abada... :)
Friday, May 28, 2010
Sila Tengok Jam Sekarang
Haa, ni lagi satu koleksi novel-novel all-time-favourite! Ekekeh. Yang terawal beli novel Where Rainbows End. Serius novel ni amaze me masa first time baca sebab cerita dia bukan dalam bentuk penulisan biasa tapi Cecelia Ahern tulis dalam bentuk email, surat, memo, notes, etc. Memang besh sangat-sangat and nak thumbs up jugak dekat Cecelia. Hehe. Cuba teka novel apa yang missing? Ye, betul! A Place Called Here yang novel tu warna hitam pekat. Telah didapati missing bukan lah missing sampai tak jumpa langsung tapi missing sebab kawan pinjam tak pulangkan lagi. Hehe. as long as novel tu ada, saya ok. :) Currently tengah baca yang The Book of Tomorrow tiba-tiba ternampak dekat Harris masa balik JBhari tu lepas tu sebelah tangan tengah pegang Dear Yayah the Series lepas tu dekat situ jugak perah-perah otak fikir yang mana lagi bebaloi beli, and end up with Cecelia's one. And tak regret pun tak dapat beli Dear Yayah, takpelah. I prefer The Book of Tomorrow (sebabkan dulu dia jual yang hard cover je harga RM79.90 mana mampu beli. Kuikuikui)
Dah, kata nak jog dengan adik pagi esok, eh, pagi nanti tapi tengok jam sekarang dah pukul 3.24 am, tebangun ke tak ni. Mesti bangun ni, subuh.
Okailah, jari-jemari tak penat lagi tapi sel-sel otak kurang berhubung. Mari sambung baca novel, lepas tu kita tido okai. Hasta luego amigos!
P/S: Belum tecapai nak jadik blogger tegar. Fuhfuhfuh.
Thursday, April 29, 2010
Saranghaeyo..(Eh, btul ke ni? Hee)
Huihaaa, lama kot tak update belog ni.
Serius mungkin dalam tahun ni brapa kali je bukak page ni.
Wuu, kesian belog I kan.
Takpe² cuti nanti nak jadi blogger tegar (harap takla hangat² tahi ayam semata²..auwww)
3 papers left and on the 7th I go back to my home sweet home.
Really missed my home serius tak tipooo punya. Ekekeh, poyo punya ayat ada ke orang yang tak rindu rumah mereka setelah sekian lama tak balik dan menikmati katil yang empuk, internet yang laju, pegang remote tv smpi takde siapa yang boleh pegang melainkan diri sendiri, drive kereta abah bawak laju² macam nak drift je and yang paling penting makan nasi berlaukkan masakan mak sendiri. Ouhh, really miss it weh. Sampai tak kisah badan dah naik gila asyik makan sepanjang study week kat U. Apa tak, malam² supper makan biskut cecah teh panas. Fuh². Lepas tu tidur lepas subuh, berjaga la macam burung hantu.
Oh ye. Macam² dah agenda kat kepala ni sepanjang cuti panjang nanti. Tak bleh bagitahu. Shhh. Hehe. Tapi yang penting, nak pegi jalan², sampai kaki tak larat dah nak jalan, and I want to shop sampai takde limit tapi ni memang takkan jadik punyala. Mana pernah shopping semua barang dapat. Mesti fikir² 'Beli benda ni macam tak berbaloi, baik beli benda lain'. Tapi one thing, nak baca novel banyak²!! Ntah brapa novel kat rumah tu yang blum terbukak pun plastik dia.
Oklah kawan²..
Till then! Will update soon~
p/s: Saya suka 2PM! Hihi..
Saturday, March 20, 2010
~ pleaselah update! ~
I'm so eagerly want to update this blog!!
But then, banyaklah songeh tak masuk langsung pun blog nih..
Fuh2, tiup habuk laju2...
Tiup lagi, dan lagi, dan lagi...
Nak update esok! Serious!!!
Saturday, February 20, 2010
Test Power???
Ok post ni hanya untuk mengukur sejauh mana kepantasan line celcom broadband yang dari tadi line kejap2 HSDPA, pastu tukar 3G tapi tetap hampeh (hmphh) di Kolej Kediaman Kg. E ni...
Sekian..
Thursday, February 11, 2010
~ Happy Birthday My-Paling-Tua-Dalam-Geng-Kaddai-Kuppi best friend!!! ~
Dan teruskan lagi...
Haha, muka taknak kalah nak tunjuk jugak pakai shawl. Apa-apa je lah wehh..(mmg tembam~)
Dan setibanya di Pasar Filipin ( dekat sini amat banyak jual mutiara, brooch bagai. Tinggal pilih dan bayar je. Kepada yg kat semenanjung tu confirm akan datang sini. Tempat wajib datang!)
Dan yes!! Setelah penat meronggeng, ini yang kami jadikan penghilang dahaga (konon) yang bila saya tengok pun akan membuatkan saya terpegun dan mouth-watering sebentar (Hmphhh!!)
Taraaa!! Banana split yang sebenarnya bukan saya yang order tp kawan saya yang sorang tuh. Saya order watermelon sahaja~~
Penat bhai meronggeng seharian sebab nak carik hadiah paling seswai untuk kawan a.k.a Add yang hari ni genaplah berumur 20 tahun 1 hari. Dan pencarian pun berakhir pada pukul 8.30 pm dan kami semua pun balik semula ke UMS...
Prt II to be continued soon...
;-D