Thursday, January 6, 2011

^___^

Assalamualaikum wbt semua!
Hari ni dah hari ke-6 dalam tahun 2011.
This is my first ever post for the year of 2011.
So hopefully tak terlewat lagi nak wish


Semoga di tahun 2011 ini membawa lebih kegembiraan dalam hidup kita.

Tutup buku lama, bukalah buku baru. :)

Wassalam.

Tuesday, December 21, 2010

Suatu petang di KL Sentral...

Assalamualaikum w.bt...

Tarikh : 19 Dis 2010
Hari : Ahad
Tempat : KL sentral yang sangat sesak.

Lepas je pergi jalan-jalan dekat Times Square dengan Ieyra, kitorang stay dekat KL Sentral for almost an hour jugaklah. Borak- borak pasal macam-macam benda sambil mengunyah Big n Tasty Ieyra yang dikelilingi sayur-mayur ( dah macam garden dia cakap), and saya pulak dengan Prosperity burger yang sangat pedas tahap asap keluar dari telinga (ok exaggerate gilak). Then dalam pukul 6 pm macam tu kami bawak haluan masing-masing sebab saya terpaksa sampai dekat stesen UKM before pukul 7 pm.

Masa tengah menunggu train ke Seremban tu, sambil tengok-tengok jam tangan & belek-belek plastik kat tangan, tiba-tiba ada seorang auntie berbangsa Cina berdiri kat sebelah saya. Saya senyum kat dia. Dia pun senyum. (Ok background song yang lagu Najwa ft. Malique - Senyum. Hehe)

Sebuah perbualan pun terjadi~~

Auntie : Nak pergi mana?

Saya : Oh nak pergi UKM.

Auntie : You student kat sana ke?

Saya : Tak, tak. Saya tinggal kat Bangi (eh tak ke pelik. Kenapa tak turun kat Bangi je kan? Dah abaikan) Auntie plak nak pergi mana?

Auntie : Oh. Saya nak pergi Batang Benar. Tinggal dekat sana. Turun KL ni sebab ada kerja. Saya ni dah retired, so sekarang adalah buat kerja sikit-sikit.

Saya : Ohh. Yeke. Aunie asal mana?

Auntie : Saya orang KL. Dekat-dekat sini jugak. Dulu tinggal sekampung dengan ramai orang Melayu. So dah biasa dengan orang-orang Melayu. Lepas tu pindah. (tapi taktaula pindah ke mana) Then, bila saya pergi balik dekat kampung saya dulu, semua dah berubah. Tapi kawan-kawan masih kenal dengan saya. Diorang kenal pun dari suara. Mungkin muka boleh berubah, tapi suara tak. Betul tak?

Saya : Yup, betul-betul. ( saya bercakap sambil mengangguk-angguk)

Perbualan masih diteruskan memandangkan train tak sampai-sampai lagi.

Auntie : Zaman sekarang dah berubah kan. Macam ada satu indian ni, dia kawan saya. Dia tinggal dengan anak-anak dia. Anak dia yang sorang ni balik-balik tanya bila nak tukar nama hak milik rumah ni? Lepas tu bapa dia cakap nanti dia tukar pergi nama si anak. Si bapa pun fikir-fikir, baik tukar kan spaya nanti dia dah takde, rumah ni ada pemilik. Lepas tu bila dah tukar, anak dia halau mak bapa dia dari rumah tu. Orang tua tu menangis-nangis dekat tepi jalan. Jiran-jiran terdekat juga yang bawa masuk ke rumah. Anak-anak sekarangkan. Diorang tak ingat ke jasa mak bapa diorang bagi diorang makan, besarkan diorang.

Saya : Hurm. Entahla auntie. Dunia sekarang dah berubah. Bukan macam dulu-dulu.

Auntie : Tulah kan. Entah apa plak jadi masa hadapan. Satu lagi, kita ni kena juga bersedekah. Biarlah walaupun 50 sen. Bila bagi 5, 6 orang, kira banyak lah tu. Banyak pahala kita dapat. Bila kita tolong orang, orang pun akan tolong kita. Betul tak?

Saya : Betul auntie. Walaupun sikit, besar maknanya dekat orang yang kita sedekah tu.

Auntie : Ya. Eh train Seremban sudah datang! Mari kita pergi tempat yang koc wanita sahaja tu.

Saya : Mari!

Hurm, walaupun sudah terang lagikan bersuluh yang koc bahagian tengah tu untuk wanita sahaja, adalah jugak 2, 3 orag yang tak faham bahasa tersesat dalam tu. Haih. Enam stesen baru sampai stesen UKM. Dah sampai stesen UKM, kakak tgh tunggu. Lepas tu kami terus menuju ke Johor~~

Oklah, sayonara all!
Wassalam.

Tuesday, November 30, 2010

Erh, apa?

Sabah -> Kelantan -> KL -> Johor -> KL -> Kelantan -> KL -> Johor -> KL -> Sabah.

Ok dah bye.

Monday, November 15, 2010

For One More Day



Assalamualaikum w.b.t semua!
Yeay, tercapai juga hasrat mahu update belog yang sudah berhabuk, bersawang bagai ni~ *LOL
Ok, ok. Actually ini bukan post panjang berjela-jela macam karangan masa sekolah-sekolah dulu. Bukan.
Ini just nak share something la.
Kan sharing is caring... Teheheh
Takdela, actually diri ini teringin, terasa, dan termahu baca novel ni.
Ya, novel ini. *gambar yang dibawah ni la

Yup, it's Mitch Albom's novel.

Lama dah nak baca novel ni. Memang ramai yang recommend novel ni best. Ada kawan recommend novel ni since 2008 lagi tapi sampai sekarang tak berkesempatan pun baca novel ni sebab saya obses *eh tak sesuai pakai obses* suka baca Cecelia Ahern's and Uncle Ram's punya novel, jadi kononnya novel-novel author lain tak pandang lah *ceh, temberang btullah kau. Jom review novel ni pasal apa...

"...For One More Day starts with a young sports reporter approaching former baseball player Chick Benetto. Chick's first words are, "Let me guess. You want to know why I tried to kill myself." From there the story of Chick's life is told in his voice, and the reader hears it as if he or she is the sports reporter sitting there listening to him.
When Chick tries to commit suicide, he wakes up in a world between life and death where he gets to spend one more day with his mother, who dies 8 years earlier. Chick was supposed to be with his mother the day she died, and he still harbors guilt over the fact that he wasn't.
The story moves back and forth between memories of Chick's childhood and adolescence, and the action taking place between Chick and his dead mother. Ultimately, it is a story of redemption and making peace with one's past. It is a story of love, family, mistakes and forgiveness..."

And rupanya, dia ada movie jugak. Oprah Winfrey is the producer.

Okay serius nampak menarik. Wajib tayang ni, eh, wajib tengok nih! Yeay.

*Hei peperiksaan tak habis lagi ada hati nak pegi bersuka ria tengok movie lah, apa lah. Bagus pegi baca dululah Environmental Chemistry punya nota tuh. Sudah. 5 paper lagi wei, 5..Huu

Dah, babai semua.

To be updated lepas exam pulak nanti. InsyaAllah. :-)

Wednesday, September 29, 2010

Kawan-kawan, mohon bantuan.. Apa nak buat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Situasi 1:

Anda sedang bersolat. Tiba-tiba, roomate bukan muslim pegi langkah sejadah tanpa rasa bersalah. Rasa macam nak marah tapi besabar.

Situasi 2:

Sedang anda tidur dengan lena, tiba-tiba kedengaran orang sedang bercakap-cakap menggunakan bahasa selain bahasa Malaysia mahupun Inggeris. Volum suara tu plak bukan rendah tapi sangat tinngi macam si A ni bercakap ngan si B yang jauh 1 km drpd dia padahaldepan mata je kot.

Situasi 3:

Dah nampak kita tgh bersolat tapi dia bukak jugak lagu kuat2.

Situasi 4:

Dia buat upacara sembahyang. Ok yg tu tak kisah, masing2 hormatlah agama org lain kan. Tapi sampai tahap bakar-membakar dalam bilik? Memang tak tau nak cakap apa dah.

Apa nak buat kalau anda berada slm situsi ini???

Tuesday, September 14, 2010

Tweet, tweet

Suka baca bila http://twitter.com/DrFazleyYaakob yang tweet dekat Twitter. You-know-why. :)

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Raya kekeke


Assalamualaikum wbt...

Dekat luar hujan lebat sangat2.
Keseorangan dalam rumah, membuatkan diri ini terfikir untuk update belog. Wuu, agak lama tak update. Tiba-tiba rindu berblogging. :) Memandangkan cuti midsem dah start 4hb yg lalu, mesti ramai yg dah balik rumah kan? Baju raya tahun ni dah siap semua, kuih tunjuk pun dah beli (hehehe), tinggal rumah je belum kemas. Kakak dah balik2 membebel bila nak kemas rumah? Mak pun mcm tu. Mereka tau yg saya lebih suka mengemas rumah drpd masuk dapur (*kantoi) Oh ya, raya Khamis or Jumaat? Tahun ni raya dekat Sandakan je. Tak balik either Johor or Kelantan sebab adik yang bongsu ambik UPSR nnt. Sebut2 pasal UPSR ni, jadi ke kerajaan nak mansuhkan UPSR dgn PMR tu? Serius, sejak duduk U ni macam jarang tahu hal2 b'kaitan ekonomi apa semua. Tau pun bila surf internet. Kalau tak surf? Haih, sudah jugak bila takde internet. Tapi bila ada, duk online berjam2.. pheww


Okaylah, di kesempatan ni nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua kawan2 tak kira la kawan Famili Ceria ke, kawan Kuman-kuman Manje, kawan2 dekat UMS, kawan2 sekolah dulu, dan semualah. Tak larat nak taip satu2!! Kalau ada salah silap, mohon dimaafkan.

Cupcake ni nampak sangat sedap! :)