Assalamualaikum w.bt...
Tarikh : 19 Dis 2010
Hari : Ahad
Tempat : KL sentral yang sangat sesak.
Lepas je pergi jalan-jalan dekat Times Square dengan Ieyra, kitorang stay dekat KL Sentral for almost an hour jugaklah. Borak- borak pasal macam-macam benda sambil mengunyah Big n Tasty Ieyra yang dikelilingi sayur-mayur ( dah macam garden dia cakap), and saya pulak dengan Prosperity burger yang sangat pedas tahap asap keluar dari telinga (ok exaggerate gilak). Then dalam pukul 6 pm macam tu kami bawak haluan masing-masing sebab saya terpaksa sampai dekat stesen UKM before pukul 7 pm.
Masa tengah menunggu train ke Seremban tu, sambil tengok-tengok jam tangan & belek-belek plastik kat tangan, tiba-tiba ada seorang auntie berbangsa Cina berdiri kat sebelah saya. Saya senyum kat dia. Dia pun senyum. (Ok background song yang lagu Najwa ft. Malique - Senyum. Hehe)
Sebuah perbualan pun terjadi~~
Auntie : Nak pergi mana?
Saya : Oh nak pergi UKM.
Auntie : You student kat sana ke?
Saya : Tak, tak. Saya tinggal kat Bangi (eh tak ke pelik. Kenapa tak turun kat Bangi je kan? Dah abaikan) Auntie plak nak pergi mana?
Auntie : Oh. Saya nak pergi Batang Benar. Tinggal dekat sana. Turun KL ni sebab ada kerja. Saya ni dah retired, so sekarang adalah buat kerja sikit-sikit.
Saya : Ohh. Yeke. Aunie asal mana?
Auntie : Saya orang KL. Dekat-dekat sini jugak. Dulu tinggal sekampung dengan ramai orang Melayu. So dah biasa dengan orang-orang Melayu. Lepas tu pindah. (tapi taktaula pindah ke mana) Then, bila saya pergi balik dekat kampung saya dulu, semua dah berubah. Tapi kawan-kawan masih kenal dengan saya. Diorang kenal pun dari suara. Mungkin muka boleh berubah, tapi suara tak. Betul tak?
Saya : Yup, betul-betul. ( saya bercakap sambil mengangguk-angguk)
Perbualan masih diteruskan memandangkan train tak sampai-sampai lagi.
Auntie : Zaman sekarang dah berubah kan. Macam ada satu indian ni, dia kawan saya. Dia tinggal dengan anak-anak dia. Anak dia yang sorang ni balik-balik tanya bila nak tukar nama hak milik rumah ni? Lepas tu bapa dia cakap nanti dia tukar pergi nama si anak. Si bapa pun fikir-fikir, baik tukar kan spaya nanti dia dah takde, rumah ni ada pemilik. Lepas tu bila dah tukar, anak dia halau mak bapa dia dari rumah tu. Orang tua tu menangis-nangis dekat tepi jalan. Jiran-jiran terdekat juga yang bawa masuk ke rumah. Anak-anak sekarangkan. Diorang tak ingat ke jasa mak bapa diorang bagi diorang makan, besarkan diorang.
Saya : Hurm. Entahla auntie. Dunia sekarang dah berubah. Bukan macam dulu-dulu.
Auntie : Tulah kan. Entah apa plak jadi masa hadapan. Satu lagi, kita ni kena juga bersedekah. Biarlah walaupun 50 sen. Bila bagi 5, 6 orang, kira banyak lah tu. Banyak pahala kita dapat. Bila kita tolong orang, orang pun akan tolong kita. Betul tak?
Saya : Betul auntie. Walaupun sikit, besar maknanya dekat orang yang kita sedekah tu.
Auntie : Ya. Eh train Seremban sudah datang! Mari kita pergi tempat yang koc wanita sahaja tu.
Saya : Mari!
Hurm, walaupun sudah terang lagikan bersuluh yang koc bahagian tengah tu untuk wanita sahaja, adalah jugak 2, 3 orag yang tak faham bahasa tersesat dalam tu. Haih. Enam stesen baru sampai stesen UKM. Dah sampai stesen UKM, kakak tgh tunggu. Lepas tu kami terus menuju ke Johor~~
Oklah, sayonara all!
Wassalam.
suke makcik itu :)
ReplyDeletesab!!..haha..
ReplyDeleteagaklah..klu tggu komuter tu,ade je yg makcik2 yang ramah tamah mcm tu..kdg2 suka jugk bual2 dgn diaorg..bnyk nasihat.