Tuesday, January 3, 2012

Page 3 of 366

So, it's not too late to wish



For those who's having an exam,
All the best to all. :)



Tuesday, December 13, 2011

Wednesday, December 7, 2011

OH SNAP IT'S DECEMBER

Hola everybodeyyy!
Oh well so now it is December.
Bulan terakhir untuk setiap tahun.
And and bulan December adalah bulan paling busy.
Yeaa busy sebab bulan ni kena hantar thesis Projek 1, midterm yang tergendala pun buat bulan ni (u_u Jumaat ni midterm Organic Process for Industry, Isnin depan midterm Inorganic Process for Industry), ahh yes yang paling buat gelabah adalah VIVA Projek 1. aaaaaaa 15 & 16 Dec, please crawl slowly. Jaebal.

Tapi ada jugaklah benda yang happy, sebab thesis dah hantar. Means, satu beban dah lepas.
Kalau tak, setiap malam menghadap depan laptop baca journal, etc, sampai mata lebam dan segala pimples pun bersuka ria keluar. oh yeah.
*kawan-kawan yang final year, how's your project going? ^^

Oh snap, it's seriously December? Means exam kurang dari sebulan.
Fine. *slapself bagi sedar diri sikit.*


Saturday, May 28, 2011

Holiday begin!


Assalamualaikm w.b.t
Huu rasanya entry ni agak lambatlah di post sebab cuti dah pun bermula sejak 2 minggu yg lalu. Huehue. Perancangan? Dalam otak sekarang memang macam-macam benda nak buat but end up, satu apa pun belum terbuat. *macam biasa

So, jom kita buat list apa yang saya nak buat masa cuti ni. L
et's check it out!!!

1. Belajar memasak macam-macam lauk, heavy one I mean macam masak nasi dagang, laksam, laksa Kelantan, ambuyat, mee bandung, etc. ¥ *okay banyak

2. Belajar masak cake yang sedap2 (hehe) , buat biskut, muffin, cupcakes

3. Belajar bahasa asing? Since buka sem nanti takkan ambik dah Spanish language, so ho bout beajar sendiri kan?

4. Masa Ramadhan nanti, nak khatam Quran sama2 dgn family (insyaAllah)

5. Baca balik novel-novel zaman sekolah menengah dulu *hee

6. Since tak dapat kerja, so apa kata kita jalan-jalan di sekitar Malaysia ni. Cuti-cuti Malaysia gitu! :D

7. Buat something yang tak pernah buat sebelum ni *apa agaknya ya? :)

8. Oh lupa. Cari journal untuk preparation buat final year project next sem, and kena carik halia merah and halia putih. Halia putih senangla, halia merah? wuhuhu

9. Update blog setiap minggu (how I wish)

10. Merajinkan diri buat benda-benda yg mendatangkan faedah. Eheh...

Sebenarnya banyak kot lagi nak taip, tp tak payahla. Nanti tiba-tiba list ni akan bertambah.

Kawan-kawan yg lain, cuti ni anda buat apa? Hee..

Selamat bercuti!!



Thursday, January 6, 2011

^___^

Assalamualaikum wbt semua!
Hari ni dah hari ke-6 dalam tahun 2011.
This is my first ever post for the year of 2011.
So hopefully tak terlewat lagi nak wish


Semoga di tahun 2011 ini membawa lebih kegembiraan dalam hidup kita.

Tutup buku lama, bukalah buku baru. :)

Wassalam.

Tuesday, December 21, 2010

Suatu petang di KL Sentral...

Assalamualaikum w.bt...

Tarikh : 19 Dis 2010
Hari : Ahad
Tempat : KL sentral yang sangat sesak.

Lepas je pergi jalan-jalan dekat Times Square dengan Ieyra, kitorang stay dekat KL Sentral for almost an hour jugaklah. Borak- borak pasal macam-macam benda sambil mengunyah Big n Tasty Ieyra yang dikelilingi sayur-mayur ( dah macam garden dia cakap), and saya pulak dengan Prosperity burger yang sangat pedas tahap asap keluar dari telinga (ok exaggerate gilak). Then dalam pukul 6 pm macam tu kami bawak haluan masing-masing sebab saya terpaksa sampai dekat stesen UKM before pukul 7 pm.

Masa tengah menunggu train ke Seremban tu, sambil tengok-tengok jam tangan & belek-belek plastik kat tangan, tiba-tiba ada seorang auntie berbangsa Cina berdiri kat sebelah saya. Saya senyum kat dia. Dia pun senyum. (Ok background song yang lagu Najwa ft. Malique - Senyum. Hehe)

Sebuah perbualan pun terjadi~~

Auntie : Nak pergi mana?

Saya : Oh nak pergi UKM.

Auntie : You student kat sana ke?

Saya : Tak, tak. Saya tinggal kat Bangi (eh tak ke pelik. Kenapa tak turun kat Bangi je kan? Dah abaikan) Auntie plak nak pergi mana?

Auntie : Oh. Saya nak pergi Batang Benar. Tinggal dekat sana. Turun KL ni sebab ada kerja. Saya ni dah retired, so sekarang adalah buat kerja sikit-sikit.

Saya : Ohh. Yeke. Aunie asal mana?

Auntie : Saya orang KL. Dekat-dekat sini jugak. Dulu tinggal sekampung dengan ramai orang Melayu. So dah biasa dengan orang-orang Melayu. Lepas tu pindah. (tapi taktaula pindah ke mana) Then, bila saya pergi balik dekat kampung saya dulu, semua dah berubah. Tapi kawan-kawan masih kenal dengan saya. Diorang kenal pun dari suara. Mungkin muka boleh berubah, tapi suara tak. Betul tak?

Saya : Yup, betul-betul. ( saya bercakap sambil mengangguk-angguk)

Perbualan masih diteruskan memandangkan train tak sampai-sampai lagi.

Auntie : Zaman sekarang dah berubah kan. Macam ada satu indian ni, dia kawan saya. Dia tinggal dengan anak-anak dia. Anak dia yang sorang ni balik-balik tanya bila nak tukar nama hak milik rumah ni? Lepas tu bapa dia cakap nanti dia tukar pergi nama si anak. Si bapa pun fikir-fikir, baik tukar kan spaya nanti dia dah takde, rumah ni ada pemilik. Lepas tu bila dah tukar, anak dia halau mak bapa dia dari rumah tu. Orang tua tu menangis-nangis dekat tepi jalan. Jiran-jiran terdekat juga yang bawa masuk ke rumah. Anak-anak sekarangkan. Diorang tak ingat ke jasa mak bapa diorang bagi diorang makan, besarkan diorang.

Saya : Hurm. Entahla auntie. Dunia sekarang dah berubah. Bukan macam dulu-dulu.

Auntie : Tulah kan. Entah apa plak jadi masa hadapan. Satu lagi, kita ni kena juga bersedekah. Biarlah walaupun 50 sen. Bila bagi 5, 6 orang, kira banyak lah tu. Banyak pahala kita dapat. Bila kita tolong orang, orang pun akan tolong kita. Betul tak?

Saya : Betul auntie. Walaupun sikit, besar maknanya dekat orang yang kita sedekah tu.

Auntie : Ya. Eh train Seremban sudah datang! Mari kita pergi tempat yang koc wanita sahaja tu.

Saya : Mari!

Hurm, walaupun sudah terang lagikan bersuluh yang koc bahagian tengah tu untuk wanita sahaja, adalah jugak 2, 3 orag yang tak faham bahasa tersesat dalam tu. Haih. Enam stesen baru sampai stesen UKM. Dah sampai stesen UKM, kakak tgh tunggu. Lepas tu kami terus menuju ke Johor~~

Oklah, sayonara all!
Wassalam.