Bismillahirrahmanirrahim...
Situasi 1:
Anda sedang bersolat. Tiba-tiba, roomate bukan muslim pegi langkah sejadah tanpa rasa bersalah. Rasa macam nak marah tapi besabar.
Situasi 2:
Sedang anda tidur dengan lena, tiba-tiba kedengaran orang sedang bercakap-cakap menggunakan bahasa selain bahasa Malaysia mahupun Inggeris. Volum suara tu plak bukan rendah tapi sangat tinngi macam si A ni bercakap ngan si B yang jauh 1 km drpd dia padahaldepan mata je kot.
Situasi 3:
Dah nampak kita tgh bersolat tapi dia bukak jugak lagu kuat2.
Situasi 4:
Dia buat upacara sembahyang. Ok yg tu tak kisah, masing2 hormatlah agama org lain kan. Tapi sampai tahap bakar-membakar dalam bilik? Memang tak tau nak cakap apa dah.
Apa nak buat kalau anda berada slm situsi ini???
Wednesday, September 29, 2010
Tuesday, September 14, 2010
Tweet, tweet
Suka baca bila http://twitter.com/DrFazleyYaakob yang tweet dekat Twitter. You-know-why. :) Wednesday, September 8, 2010
Ucapan Raya kekeke
Assalamualaikum wbt...
Dekat luar hujan lebat sangat2.
Keseorangan dalam rumah, membuatkan diri ini terfikir untuk update belog. Wuu, agak lama tak update. Tiba-tiba rindu berblogging. :) Memandangkan cuti midsem dah start 4hb yg lalu, mesti ramai yg dah balik rumah kan? Baju raya tahun ni dah siap semua, kuih tunjuk pun dah beli (hehehe), tinggal rumah je belum kemas. Kakak dah balik2 membebel bila nak kemas rumah? Mak pun mcm tu. Mereka tau yg saya lebih suka mengemas rumah drpd masuk dapur (*kantoi) Oh ya, raya Khamis or Jumaat? Tahun ni raya dekat Sandakan je. Tak balik either Johor or Kelantan sebab adik yang bongsu ambik UPSR nnt. Sebut2 pasal UPSR ni, jadi ke kerajaan nak mansuhkan UPSR dgn PMR tu? Serius, sejak duduk U ni macam jarang tahu hal2 b'kaitan ekonomi apa semua. Tau pun bila surf internet. Kalau tak surf? Haih, sudah jugak bila takde internet. Tapi bila ada, duk online berjam2.. pheww
Okaylah, di kesempatan ni nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua kawan2 tak kira la kawan Famili Ceria ke, kawan Kuman-kuman Manje, kawan2 dekat UMS, kawan2 sekolah dulu, dan semualah. Tak larat nak taip satu2!! Kalau ada salah silap, mohon dimaafkan.
Cupcake ni nampak sangat sedap! :)
Sunday, August 15, 2010
Family Outing - A Trip to Kuching
Bismillahirrahmanirrahim...
First of all, Happy Fasting to all Muslims all over the world!
Jadikan bulan Ramadhan yang mulia ini tiket untuk menambah pahala dan memperbaiki diri menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.
Memandangkan sudah berminggu2 tak update belog ni, then, taraa!
Mari kita update belog dengan gambar2 ni semua.
*Actually nak upload banyak gambar tapi line berukben pun hampehkan. But takpe, a picture tells a thousand gitu kan. :)
Okay, let's start for the 1st one.

Gambar diambil semasa dalam perjalanan dari Sandakan ke KK. Yup, masa ni keadaan sangat berkabus padahal masa tu tengahari kot. And kalau time macam ni tak payah on aircond pun takpe. Angin memang sangat2 nyaman. Perjalanan ni mengambil masa kira2 6 jam tapi klu non-stop, tak stop untuk berehat, makan semua dan depends on the speed, 5 jam boleh sampai.
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Keke, takde pun gambar Gunung Kinabalu dekat sini.
Nak tengok gambar Gunung Kinabalu dari pandangan blok asrama saya, nanti saya upload okeh!
Gambar diambil masa dalam flight dari KK menuju ke ibu negeri Sarawak, Kuching.
Ini kali ke-2 menjejakkan kaki di bumi Sarawak ni.
Dulu datang masa umur 5 tahun, masih zaman2 hingusan lagi.

Ni kira first destination yang dituju, Muzium Kuching.
Dalam muzium ni memang ada macam2 gambar and replika kucing dari serata negara.
Koleksi barangan Hello Kitty dengan Garfield pun ada.
Kalau nak masuk sini, 1 kamera yang dibawa kena cas RM4. So nak taknak kena jugak kan bayar sebab takkan lah dah masuk situ tak snap pics. Teehee
Nama tempat ni err, kejap, Selikin? Ahh, sangat2 minta maaf sebab tak ingat nama tempat ni.
Lagipun takde signboard yang tunjuk nama tempat ni, tapi orang2 Sarawak confirm tahu tempat ni kan sebab tempat ni famous. Peniaga2 kat sini semua dari negara seberang, Indonesia, tapi sekali lagi tak ingat which part of Indonesia. T.T.
Barang2 kat sini kira agak murah. Kebanyakan barang2 yang dijual macam baju, rotan, perabot,periuk, kain dari Indonesia, dan macam2 lagilah.
Oh ya, kebetulan masa datang kat tempat ni, pihak Astro tengah buat shooting untuk rancangan Warung Kita saluran Astro Prima. Host rancangan ni Angah RL. Sapa2 yang tak kenal tu, tengoklah rancangan ni kat tv nanti tapi tak tahu bila disiarkan.

Taraaa!! Siapa yang tak tahu ni kek ape? Keke
Ni lah kek lapis Sarawak yang sangat popular tu.
Confirm nanti raya banyak je rumah2 yang hidang kek ni.
Kalau kat Sarawak kek lapis ni memang murahla.
1 kek tu dijual pada harga RM10. Tapi tu pun kena tengok jenis ngan perisa.
Kalau yg fully coklat, adala dalam RM25 camtu.
Memang agak berbaloi beli kepada penggemar2 kek lapis sebab rasa dia memang sedap!
*Saya suka yang warna hijau tu~~ :)

Ni la kek2 lapis yang sangat banyak dijual kat kedai ni. Ni baru satu rak, ada lagi berapa rak entahla. Tapi memang sangat2 banyak. Serius rambang mata nak pilih yang mana 1. Hehe.
Actually kan, banyak yang nak diceritakn pasal Sarawak ni, tapi tiba2 idea hilang begiu sahaja. Siapa suruh update belog pasal Sarawak lambat2. Ahh.
P/S: Minggu depan saya ikut Program Jelajah Kemerdekaan Sabah UMS 2010 selama 5 hari. Hopefully the next entry saya akan bercerita pasal Sabah. Till then!
Selamat berpuasa to all!! :)
Tuesday, July 27, 2010
Saya mengantuk
Salam
Tengok jam dah pukul 12.24 am
No wonder I feel so damn sleepy
Hajat nak siapkan lab report organik tak kesampaian
Nampaknya katil lebih kuat memanggil-manggil drpd lab manual ni.
Haih.
Saya janji, dalam minggu ni jugak saya siapkan sebab minggu depan hantar.
Oh ya, ada lagi 2 kerja.
Subjek APK (Asas Pembudayaan Keusahawanan) buat draft untuk presentation dgn jawab soal jawab APK.
Kawan-kawan, anda ada idea apa yang bagus utk dijual masa expo APK nanti? :)
I think I better sign off now. Esok kelas straight dari pukul 8.00am - 5.00pm.
Then malam meeting.
yeah, life is getting hectic day by day.
I'm off to bed.
Bye for now!
Buena noche!
Wassalam. :]
Wednesday, July 21, 2010
Entri saja saja
Salam.
Tengah taip entri ni sambil dengar lagu Love-CNBlue. Jangan tanya since when I minat korean thingy nih. Seriously, I'm not the die-hard-fan of kpop, but taula skit2 pasal tu semua. Dah, cukup.
Berapa hari tak update ni belog hah? Almost, err, entah. 2 weeks maybe?
Ignore it. Besok ada kelas Organik dengan Spanish. Kononnya malam ni semangat la nak revise balik Spanish tu, sebab gf yang ambil Japanese language cakap, " Better ko revise balik apa-apa yang lecturer ajar last sem sebab nanti confirm dia tanya balik." Tapikan, haih tahu-tahu jelah kalau awal-awal sem ni semua hangat-hangat tahi ayam. Notes memang tersergam indah dah dekat depan mata, tinggal otak je bagi isyarat ambik pensil, fokus, conteng. Dang~ end up with notes tu semua tolak tepi, laptop depan mata, klik sana klik sini bukak internet. Buhuu. Recently the most visited website : Twitter. Haha. Ni kira first website la yang akan dibuka. Facebook dah macam, erh, bosan? Yup, bosan. BOSAN. Tapi hopefully taklah sampai nak deactivate macam Friendster dulu. Ye, saya delete akaun FS yang saya dah guna selama lebih kurang 6 tahun. Uhh, lepas tu menyesal la sapa suruh gatal sangat tangan nak delete, lepas tu buat akaun baru, siap suruh kawan-kawan ' Add lah fs saya. Ni emel bla,bla,bla. Thanks for the add.' Haha terus teringat zaman hingusan dulu mesti kalau dah add kawan-kawan akan cakap ' Thanks for the approve. Keep in touch tau! xoxo.' =.=
*Saya tak pegi meeting Family Day yang sepatutnya start pukul 10 pm tadi sebab saya segan nak masuk Bilik Astro dekat blok lelaki, macam, eii kenapa buat dekat situ. Kenapa tak buat dekat tempat yang lebih senang budak2 perempuan pegi. Tadi try jenguk2 tempat tu macam takde je perempuan datang, so saya pun patah balik pegi kafe minum teh tarik. +.+
Sebenarnya nak tulis panjang2 lagi ni tapi mata cakap ' Hoi cik Sabrina ko tak reti nak tido ke besok dahla kelas pagi. Mentang2 kelas selalu cancel. Telajak tido baru tau!'
Wuu, ok ok. Saya tido dulu kawan2. Saya memasang impian untuk menjadi seorang penulis blog yang rajin. *berapa kali dah cakap benda ni. Duhhh.
Buena noche! Wassalam. :)

Tuesday, July 6, 2010
Kami lagi GAGAH dari LADY GAGA!
Subscribe to:
Posts (Atom)