Thursday, April 29, 2010

Saranghaeyo..(Eh, btul ke ni? Hee)

Assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh...


Huihaaa, lama kot tak update belog ni.
Serius mungkin dalam tahun ni brapa kali je bukak page ni.
Wuu, kesian belog I kan.
Takpe² cuti nanti nak jadi blogger tegar (harap takla hangat² tahi ayam semata²..auwww)


3 papers left and on the 7th I go back to my home sweet home.
Really missed my home serius tak tipooo punya. Ekekeh, poyo punya ayat ada ke orang yang tak rindu rumah mereka setelah sekian lama tak balik dan menikmati katil yang empuk, internet yang laju, pegang remote tv smpi takde siapa yang boleh pegang melainkan diri sendiri, drive kereta abah bawak laju² macam nak drift je and yang paling penting makan nasi berlaukkan masakan mak sendiri. Ouhh, really miss it weh. Sampai tak kisah badan dah naik gila asyik makan sepanjang study week kat U. Apa tak, malam² supper makan biskut cecah teh panas. Fuh². Lepas tu tidur lepas subuh, berjaga la macam burung hantu.


Oh ye. Macam² dah agenda kat kepala ni sepanjang cuti panjang nanti. Tak bleh bagitahu. Shhh. Hehe. Tapi yang penting, nak pegi jalan², sampai kaki tak larat dah nak jalan, and I want to shop sampai takde limit tapi ni memang takkan jadik punyala. Mana pernah shopping semua barang dapat. Mesti fikir² 'Beli benda ni macam tak berbaloi, baik beli benda lain'. Tapi one thing, nak baca novel banyak²!! Ntah brapa novel kat rumah tu yang blum terbukak pun plastik dia.

Oklah kawan²..
Till then! Will update soon~

p/s: Saya suka 2PM! Hihi..

Saturday, March 20, 2010

~ pleaselah update! ~

Bismillahirrahmanirrahim...

I'm so eagerly want to update this blog!!
But then, banyaklah songeh tak masuk langsung pun blog nih..
Fuh2, tiup habuk laju2...
Tiup lagi, dan lagi, dan lagi...

Nak update esok! Serious!!!

Saturday, February 20, 2010

Test Power???

Bismillahirrahmanirrahim...

Ok post ni hanya untuk mengukur sejauh mana kepantasan line celcom broadband yang dari tadi line kejap2 HSDPA, pastu tukar 3G tapi tetap hampeh (hmphh) di Kolej Kediaman Kg. E ni...

Sekian..

Thursday, February 11, 2010

~ Happy Birthday My-Paling-Tua-Dalam-Geng-Kaddai-Kuppi best friend!!! ~

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, akhirnya terupdate jugak belog ni setelah terlalu byk onak dan badai datang..
( Pehh, ayat tak bleh blah )
Okok, serius..
Memang lama sangat tak update kan.
Asal nak update, tak berkesempatan.
Kenapa entah.
Kali ni mmg nak update habis²an. Hehe...
Right, beberapa hari lagi nak tahun baru cina.
So memandangkan kebanyakan kawan saya berketurunan Cina, so wishing all of you
" HAPPY CHINESE NEW YEAR!! "
Yeay, hari tu dapat limau mandarin dari coursemate, dalam hati cakap
' Wahh, baiknyeee kamu~' ( dah, fullstop )

PART I
Baik, bertarikhkan 7 Februari 2010, bersamaan hari Ahad, meronggenglah 4 orang gadis yg agak kiut (wakaka, prasan wehh!!) ke bandar Kota Kinabalu, dengan menaiki bas dgn tambang berharga RM1.50 1 hala, jadi klu 2 hala RM 3.00 lah kan. Dah. Sambung cerita, tutup topik matematik. Agenda utama meronggeng adalah untuk membeli hadiah birthday seorang teman yang akan berganjak ke alam '-puluhan' ( eh, sudah duapuluh pun ). Antara aktiviti²nya :
Yeah, snap pic itu perlu! Mi amiga; Shami & Haj
Ini berjalan-jalan tanpa hala tuju sambil memikirkan hadiah yang sesuai diberikan untuk amiga yang akan menginjak ke umur 20. Payah wehh nak jumpa something yang tak stereotype..Hmphh.. Pencarian diteruskan.. Zuppp!!
PS: Saya rasa diri saya tinggi [Ahh, kau sangat perasan setakat tggi 161 cm (kot) tak tinggi pun fuh]

Dan teruskan lagi...

Haha, muka taknak kalah nak tunjuk jugak pakai shawl. Apa-apa je lah wehh..(mmg tembam~)

Dan setibanya di Pasar Filipin ( dekat sini amat banyak jual mutiara, brooch bagai. Tinggal pilih dan bayar je. Kepada yg kat semenanjung tu confirm akan datang sini. Tempat wajib datang!)

" Sayakan pemalu jadi muka saya takde dalam pic ni " ( senget + sengal sgguh saya ) Left; Shami, Mira my rumate, Haj, bergaya dengan topi koboi kot~

Dan yes!! Setelah penat meronggeng, ini yang kami jadikan penghilang dahaga (konon) yang bila saya tengok pun akan membuatkan saya terpegun dan mouth-watering sebentar (Hmphhh!!)

Taraaa!! Banana split yang sebenarnya bukan saya yang order tp kawan saya yang sorang tuh. Saya order watermelon sahaja~~

Penat bhai meronggeng seharian sebab nak carik hadiah paling seswai untuk kawan a.k.a Add yang hari ni genaplah berumur 20 tahun 1 hari. Dan pencarian pun berakhir pada pukul 8.30 pm dan kami semua pun balik semula ke UMS...

Prt II to be continued soon...

;-D





Monday, December 28, 2009

~ Newbiessss ~

Bismillahirrahmanirrahim...



First of all nak congrates untuk diri sendiri sebab berjaya mengupdate belog ini seterusnya tukar terus ke new look..How yehhh!! ;-)
Hurm, in these few days, bleh dikatakan selalu jugak bangun awal..
Wah², satu pencapaian membanggakan..haha
Actually, frankly speaking, saya selalu bangun lambat kalau time cuti² nih..
The reason, macam biasa, tengah² malam jadi burung hantu..eheh..
Then kadang² tak tido semalaman pun ada..
Sampaikan my parents marah. Oppss... ;-X



Tomorrow i'll be back to UMS yang tercinta
Cuti nak habis dah rupanya
Macam sekejap je cuti kan
I'm sure most of uni pun hari ni dah start kelas
Tapi dengar², UMS sekarang tengah krisis air
Mak aih, ini dejavu matrik Labuan ke apa
Cukuplah penderitaan krisis air ni
Di KML dul, memang teruk sangat air ni
Sampaikan seminggu takde air
Bit i learned a lot from there
" The Bonding "
Time tunggu nak tadah air tu, sempat berborak even tak kenal sangat pun
Sangat² rindu zaman matriks dulu
And yeah, KML juga digelar sebagai KMHell
Even lecturer Biologi pnah cakap
" Welcome to the coolest part of hell!! "
I still remember that Mr. Saad..;-)

One thing, bila result nak kluar?
I'm dying to wait for my result yet I'm so freaking out to know it :-S
Dalam takwim bagitahu 24hb bleh cek, but sampai skrg nadaiii~
Bilakah???
" Ya Allah, aku memohon Kau berikanlah result yg terbaik utk diriku ini.
Aku tahu, peperiksaan yang lepas aku tak buat sehabis baik.
Kau sedarkanlah aku daripada kealpaan ini. Amin ya Rabbal 'Alamin.."

* * * * *

Yeah!
New sem, new hope!
:-)
Semakin meningkat sem, semakin susah..
Benarkah??

Subjek² yang akan dipelajari dalam Semester 2 :

Kimia Analisis I
Kimia Inorganik I
Biologi Asas
Matematik Asas
Keselamatan dan Akreditasi Makmal
Hubungan Etnik
Bahasa dan Komunikasi
Bahasa Sepanyol Tahap I
UMS Sejati - Paramedik

* rupa²nya subjek smakin bertambah..*sigh*

Tuesday, December 22, 2009

baru. new.

Jeng, jeng, jeng...
Sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku..
Hehehe..ambik mood dulu..
Will be back soon..
=) (=

Monday, November 23, 2009

tidakadaapaapa

Bismillahirrahmanirrahim...

Serius, mahu belogathon ini malam..
Oh yeah..
Tengok tuh.. Bateri laptop tinggal 26%..
Sempatkah taip entri panjang2?
Mmg tak sempat pun ni..

Entri pnjg, sila save dlm draft dhulu, sekian trima kaseyy..

P/S: Dari pukul 12.30 pm smpi sekarang tidak ada karen, dan saya rasa amat3x brrrghhhh!!!