Friday, May 28, 2010

Sila Tengok Jam Sekarang

Salam.



Taraaa!! How's my belog, berwajah baru bukan? Skema tak letak gambar coursemates sebagai gambar header? Skema tak? Eh, nerd is great la.. (*merepek)
Ni lah kalau dah tak tau macamana nak save code template, semua-semua code yang ada. Nilah, nilah. By-the-way, akhirnya terpost jua post baru setelah sebulan berlalu daripada post yang sebelumnya. Weh, serius macam lain macam nak taip, macam taktau cara nak express perkataan dalam bentuk penulisan. Yes, buat karangan dekat sekolah dulu sangat-sangat membantu kan tapi dah masuk dunia 'U' dah kurang sikit nak buat (eh, kurang ke takde langsung) karangan yang cerita pasal diri kita, family kita, kawan-kawan kita kan. Karangan paling panjang pun buat discussion dalam lab report kot. Tu pun ntah apala yang mengarut buat variable sendiri (ini memang telah terbukti oleh diri sendiri dan rakan-rakan juga telah mengesahkan.)


Uncle RAM memang bestlah, serius!
Nampak tak gambar buku-buku di atas (rasanya lebih afdal panggil novel kan.)? Ni kira koleksi novel-novel yang uncle RAM (ok, bukan uncle sebenar tau) tulis, and sejujurnya novel-novel beliau memang bestlah! Nak buat thumbs up banyak-banyak boleh tak? Susunan dari atas sampai bawah tu ikut susunan the latest beli sampai yang dah lama beli. Tapi novel yang paling pertama sekali baca yang Mikhail tu. Nak baca yang Cinta Sang Ratu tapikan novel tu novel trilogi, lepas tu sambungan trilogi tu pulak yang Cinta Sufi tu. Alamak, nanti baca-baca sambungan terus tak paham pulak kan. Ok, abaikan dulu. Actually banyak lagi novel beliau tapi ni jela yang baru berkesempatan beli. Su dengan Faa confirm dah banyak novel beliau kan *taip dalam nada jealous.

Love 'em all!!!

Haa, ni lagi satu koleksi novel-novel all-time-favourite! Ekekeh. Yang terawal beli novel Where Rainbows End. Serius novel ni amaze me masa first time baca sebab cerita dia bukan dalam bentuk penulisan biasa tapi Cecelia Ahern tulis dalam bentuk email, surat, memo, notes, etc. Memang besh sangat-sangat and nak thumbs up jugak dekat Cecelia. Hehe. Cuba teka novel apa yang missing? Ye, betul! A Place Called Here yang novel tu warna hitam pekat. Telah didapati missing bukan lah missing sampai tak jumpa langsung tapi missing sebab kawan pinjam tak pulangkan lagi. Hehe. as long as novel tu ada, saya ok. :) Currently tengah baca yang The Book of Tomorrow tiba-tiba ternampak dekat Harris masa balik JBhari tu lepas tu sebelah tangan tengah pegang Dear Yayah the Series lepas tu dekat situ jugak perah-perah otak fikir yang mana lagi bebaloi beli, and end up with Cecelia's one. And tak regret pun tak dapat beli Dear Yayah, takpelah. I prefer The Book of Tomorrow (sebabkan dulu dia jual yang hard cover je harga RM79.90 mana mampu beli. Kuikuikui)

Dah, kata nak jog dengan adik pagi esok, eh, pagi nanti tapi tengok jam sekarang dah pukul 3.24 am, tebangun ke tak ni. Mesti bangun ni, subuh.

Okailah, jari-jemari tak penat lagi tapi sel-sel otak kurang berhubung. Mari sambung baca novel, lepas tu kita tido okai. Hasta luego amigos!

P/S: Belum tecapai nak jadik blogger tegar. Fuhfuhfuh.

Thursday, April 29, 2010

Saranghaeyo..(Eh, btul ke ni? Hee)

Assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh...


Huihaaa, lama kot tak update belog ni.
Serius mungkin dalam tahun ni brapa kali je bukak page ni.
Wuu, kesian belog I kan.
Takpe² cuti nanti nak jadi blogger tegar (harap takla hangat² tahi ayam semata²..auwww)


3 papers left and on the 7th I go back to my home sweet home.
Really missed my home serius tak tipooo punya. Ekekeh, poyo punya ayat ada ke orang yang tak rindu rumah mereka setelah sekian lama tak balik dan menikmati katil yang empuk, internet yang laju, pegang remote tv smpi takde siapa yang boleh pegang melainkan diri sendiri, drive kereta abah bawak laju² macam nak drift je and yang paling penting makan nasi berlaukkan masakan mak sendiri. Ouhh, really miss it weh. Sampai tak kisah badan dah naik gila asyik makan sepanjang study week kat U. Apa tak, malam² supper makan biskut cecah teh panas. Fuh². Lepas tu tidur lepas subuh, berjaga la macam burung hantu.


Oh ye. Macam² dah agenda kat kepala ni sepanjang cuti panjang nanti. Tak bleh bagitahu. Shhh. Hehe. Tapi yang penting, nak pegi jalan², sampai kaki tak larat dah nak jalan, and I want to shop sampai takde limit tapi ni memang takkan jadik punyala. Mana pernah shopping semua barang dapat. Mesti fikir² 'Beli benda ni macam tak berbaloi, baik beli benda lain'. Tapi one thing, nak baca novel banyak²!! Ntah brapa novel kat rumah tu yang blum terbukak pun plastik dia.

Oklah kawan²..
Till then! Will update soon~

p/s: Saya suka 2PM! Hihi..

Saturday, March 20, 2010

~ pleaselah update! ~

Bismillahirrahmanirrahim...

I'm so eagerly want to update this blog!!
But then, banyaklah songeh tak masuk langsung pun blog nih..
Fuh2, tiup habuk laju2...
Tiup lagi, dan lagi, dan lagi...

Nak update esok! Serious!!!

Saturday, February 20, 2010

Test Power???

Bismillahirrahmanirrahim...

Ok post ni hanya untuk mengukur sejauh mana kepantasan line celcom broadband yang dari tadi line kejap2 HSDPA, pastu tukar 3G tapi tetap hampeh (hmphh) di Kolej Kediaman Kg. E ni...

Sekian..

Thursday, February 11, 2010

~ Happy Birthday My-Paling-Tua-Dalam-Geng-Kaddai-Kuppi best friend!!! ~

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, akhirnya terupdate jugak belog ni setelah terlalu byk onak dan badai datang..
( Pehh, ayat tak bleh blah )
Okok, serius..
Memang lama sangat tak update kan.
Asal nak update, tak berkesempatan.
Kenapa entah.
Kali ni mmg nak update habis²an. Hehe...
Right, beberapa hari lagi nak tahun baru cina.
So memandangkan kebanyakan kawan saya berketurunan Cina, so wishing all of you
" HAPPY CHINESE NEW YEAR!! "
Yeay, hari tu dapat limau mandarin dari coursemate, dalam hati cakap
' Wahh, baiknyeee kamu~' ( dah, fullstop )

PART I
Baik, bertarikhkan 7 Februari 2010, bersamaan hari Ahad, meronggenglah 4 orang gadis yg agak kiut (wakaka, prasan wehh!!) ke bandar Kota Kinabalu, dengan menaiki bas dgn tambang berharga RM1.50 1 hala, jadi klu 2 hala RM 3.00 lah kan. Dah. Sambung cerita, tutup topik matematik. Agenda utama meronggeng adalah untuk membeli hadiah birthday seorang teman yang akan berganjak ke alam '-puluhan' ( eh, sudah duapuluh pun ). Antara aktiviti²nya :
Yeah, snap pic itu perlu! Mi amiga; Shami & Haj
Ini berjalan-jalan tanpa hala tuju sambil memikirkan hadiah yang sesuai diberikan untuk amiga yang akan menginjak ke umur 20. Payah wehh nak jumpa something yang tak stereotype..Hmphh.. Pencarian diteruskan.. Zuppp!!
PS: Saya rasa diri saya tinggi [Ahh, kau sangat perasan setakat tggi 161 cm (kot) tak tinggi pun fuh]

Dan teruskan lagi...

Haha, muka taknak kalah nak tunjuk jugak pakai shawl. Apa-apa je lah wehh..(mmg tembam~)

Dan setibanya di Pasar Filipin ( dekat sini amat banyak jual mutiara, brooch bagai. Tinggal pilih dan bayar je. Kepada yg kat semenanjung tu confirm akan datang sini. Tempat wajib datang!)

" Sayakan pemalu jadi muka saya takde dalam pic ni " ( senget + sengal sgguh saya ) Left; Shami, Mira my rumate, Haj, bergaya dengan topi koboi kot~

Dan yes!! Setelah penat meronggeng, ini yang kami jadikan penghilang dahaga (konon) yang bila saya tengok pun akan membuatkan saya terpegun dan mouth-watering sebentar (Hmphhh!!)

Taraaa!! Banana split yang sebenarnya bukan saya yang order tp kawan saya yang sorang tuh. Saya order watermelon sahaja~~

Penat bhai meronggeng seharian sebab nak carik hadiah paling seswai untuk kawan a.k.a Add yang hari ni genaplah berumur 20 tahun 1 hari. Dan pencarian pun berakhir pada pukul 8.30 pm dan kami semua pun balik semula ke UMS...

Prt II to be continued soon...

;-D





Monday, December 28, 2009

~ Newbiessss ~

Bismillahirrahmanirrahim...



First of all nak congrates untuk diri sendiri sebab berjaya mengupdate belog ini seterusnya tukar terus ke new look..How yehhh!! ;-)
Hurm, in these few days, bleh dikatakan selalu jugak bangun awal..
Wah², satu pencapaian membanggakan..haha
Actually, frankly speaking, saya selalu bangun lambat kalau time cuti² nih..
The reason, macam biasa, tengah² malam jadi burung hantu..eheh..
Then kadang² tak tido semalaman pun ada..
Sampaikan my parents marah. Oppss... ;-X



Tomorrow i'll be back to UMS yang tercinta
Cuti nak habis dah rupanya
Macam sekejap je cuti kan
I'm sure most of uni pun hari ni dah start kelas
Tapi dengar², UMS sekarang tengah krisis air
Mak aih, ini dejavu matrik Labuan ke apa
Cukuplah penderitaan krisis air ni
Di KML dul, memang teruk sangat air ni
Sampaikan seminggu takde air
Bit i learned a lot from there
" The Bonding "
Time tunggu nak tadah air tu, sempat berborak even tak kenal sangat pun
Sangat² rindu zaman matriks dulu
And yeah, KML juga digelar sebagai KMHell
Even lecturer Biologi pnah cakap
" Welcome to the coolest part of hell!! "
I still remember that Mr. Saad..;-)

One thing, bila result nak kluar?
I'm dying to wait for my result yet I'm so freaking out to know it :-S
Dalam takwim bagitahu 24hb bleh cek, but sampai skrg nadaiii~
Bilakah???
" Ya Allah, aku memohon Kau berikanlah result yg terbaik utk diriku ini.
Aku tahu, peperiksaan yang lepas aku tak buat sehabis baik.
Kau sedarkanlah aku daripada kealpaan ini. Amin ya Rabbal 'Alamin.."

* * * * *

Yeah!
New sem, new hope!
:-)
Semakin meningkat sem, semakin susah..
Benarkah??

Subjek² yang akan dipelajari dalam Semester 2 :

Kimia Analisis I
Kimia Inorganik I
Biologi Asas
Matematik Asas
Keselamatan dan Akreditasi Makmal
Hubungan Etnik
Bahasa dan Komunikasi
Bahasa Sepanyol Tahap I
UMS Sejati - Paramedik

* rupa²nya subjek smakin bertambah..*sigh*

Tuesday, December 22, 2009

baru. new.

Jeng, jeng, jeng...
Sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku..
Hehehe..ambik mood dulu..
Will be back soon..
=) (=