Wednesday, September 29, 2010

Kawan-kawan, mohon bantuan.. Apa nak buat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Situasi 1:

Anda sedang bersolat. Tiba-tiba, roomate bukan muslim pegi langkah sejadah tanpa rasa bersalah. Rasa macam nak marah tapi besabar.

Situasi 2:

Sedang anda tidur dengan lena, tiba-tiba kedengaran orang sedang bercakap-cakap menggunakan bahasa selain bahasa Malaysia mahupun Inggeris. Volum suara tu plak bukan rendah tapi sangat tinngi macam si A ni bercakap ngan si B yang jauh 1 km drpd dia padahaldepan mata je kot.

Situasi 3:

Dah nampak kita tgh bersolat tapi dia bukak jugak lagu kuat2.

Situasi 4:

Dia buat upacara sembahyang. Ok yg tu tak kisah, masing2 hormatlah agama org lain kan. Tapi sampai tahap bakar-membakar dalam bilik? Memang tak tau nak cakap apa dah.

Apa nak buat kalau anda berada slm situsi ini???

Tuesday, September 14, 2010

Tweet, tweet

Suka baca bila http://twitter.com/DrFazleyYaakob yang tweet dekat Twitter. You-know-why. :)

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Raya kekeke


Assalamualaikum wbt...

Dekat luar hujan lebat sangat2.
Keseorangan dalam rumah, membuatkan diri ini terfikir untuk update belog. Wuu, agak lama tak update. Tiba-tiba rindu berblogging. :) Memandangkan cuti midsem dah start 4hb yg lalu, mesti ramai yg dah balik rumah kan? Baju raya tahun ni dah siap semua, kuih tunjuk pun dah beli (hehehe), tinggal rumah je belum kemas. Kakak dah balik2 membebel bila nak kemas rumah? Mak pun mcm tu. Mereka tau yg saya lebih suka mengemas rumah drpd masuk dapur (*kantoi) Oh ya, raya Khamis or Jumaat? Tahun ni raya dekat Sandakan je. Tak balik either Johor or Kelantan sebab adik yang bongsu ambik UPSR nnt. Sebut2 pasal UPSR ni, jadi ke kerajaan nak mansuhkan UPSR dgn PMR tu? Serius, sejak duduk U ni macam jarang tahu hal2 b'kaitan ekonomi apa semua. Tau pun bila surf internet. Kalau tak surf? Haih, sudah jugak bila takde internet. Tapi bila ada, duk online berjam2.. pheww


Okaylah, di kesempatan ni nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua kawan2 tak kira la kawan Famili Ceria ke, kawan Kuman-kuman Manje, kawan2 dekat UMS, kawan2 sekolah dulu, dan semualah. Tak larat nak taip satu2!! Kalau ada salah silap, mohon dimaafkan.

Cupcake ni nampak sangat sedap! :)