Bismillahirrahmanirrahim...
First of all, Happy Fasting to all Muslims all over the world!
Jadikan bulan Ramadhan yang mulia ini tiket untuk menambah pahala dan memperbaiki diri menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.
Memandangkan sudah berminggu2 tak update belog ni, then, taraa!
Mari kita update belog dengan gambar2 ni semua.
*Actually nak upload banyak gambar tapi line berukben pun hampehkan. But takpe, a picture tells a thousand gitu kan. :)
Okay, let's start for the 1st one.
Gambar diambil semasa dalam perjalanan dari Sandakan ke KK. Yup, masa ni keadaan sangat berkabus padahal masa tu tengahari kot. And kalau time macam ni tak payah on aircond pun takpe. Angin memang sangat2 nyaman. Perjalanan ni mengambil masa kira2 6 jam tapi klu non-stop, tak stop untuk berehat, makan semua dan depends on the speed, 5 jam boleh sampai.
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Keke, takde pun gambar Gunung Kinabalu dekat sini.
Nak tengok gambar Gunung Kinabalu dari pandangan blok asrama saya, nanti saya upload okeh!
Gambar diambil masa dalam flight dari KK menuju ke ibu negeri Sarawak, Kuching.
Ini kali ke-2 menjejakkan kaki di bumi Sarawak ni.
Dulu datang masa umur 5 tahun, masih zaman2 hingusan lagi.
Ni kira first destination yang dituju, Muzium Kuching.
Dalam muzium ni memang ada macam2 gambar and replika kucing dari serata negara.
Koleksi barangan Hello Kitty dengan Garfield pun ada.
Kalau nak masuk sini, 1 kamera yang dibawa kena cas RM4. So nak taknak kena jugak kan bayar sebab takkan lah dah masuk situ tak snap pics. Teehee
Nama tempat ni err, kejap, Selikin?
Ahh, sangat2 minta maaf sebab tak ingat nama tempat ni.
Lagipun takde signboard yang tunjuk nama tempat ni, tapi orang2 Sarawak confirm tahu tempat ni kan sebab tempat ni famous. Peniaga2 kat sini semua dari negara seberang, Indonesia, tapi sekali lagi tak ingat which part of Indonesia. T.T.
Barang2 kat sini kira agak murah. Kebanyakan barang2 yang dijual macam baju, rotan, perabot,periuk, kain dari Indonesia, dan macam2 lagilah.
Oh ya, kebetulan masa datang kat tempat ni, pihak Astro tengah buat shooting untuk rancangan Warung Kita saluran Astro Prima. Host rancangan ni Angah RL. Sapa2 yang tak kenal tu, tengoklah rancangan ni kat tv nanti tapi tak tahu bila disiarkan.
Taraaa!! Siapa yang tak tahu ni kek ape? Keke
Ni lah kek lapis Sarawak yang sangat popular tu.
Confirm nanti raya banyak je rumah2 yang hidang kek ni.
Kalau kat Sarawak kek lapis ni memang murahla.
1 kek tu dijual pada harga RM10. Tapi tu pun kena tengok jenis ngan perisa.
Kalau yg fully coklat, adala dalam RM25 camtu.
Memang agak berbaloi beli kepada penggemar2 kek lapis sebab rasa dia memang sedap!
*Saya suka yang warna hijau tu~~ :)
Ni la kek2 lapis yang sangat banyak dijual kat kedai ni. Ni baru satu rak, ada lagi berapa rak entahla. Tapi memang sangat2 banyak. Serius rambang mata nak pilih yang mana 1. Hehe.
Actually kan, banyak yang nak diceritakn pasal Sarawak ni, tapi tiba2 idea hilang begiu sahaja. Siapa suruh update belog pasal Sarawak lambat2. Ahh.
P/S: Minggu depan saya ikut Program Jelajah Kemerdekaan Sabah UMS 2010 selama 5 hari. Hopefully the next entry saya akan bercerita pasal Sabah. Till then!
Selamat berpuasa to all!! :)